Tuesday, July 3, 2012

Restoran makanan di udara (14 gambar)


Orang Eropah ni duit dah sampai terbuang-buang ke sampai terfikir untuk makan di udara macam ni. Tapi nampak macam romantik pulak kalau buat untuk pasangan kan? Lagi gambar after the jump.














Motivasi - Kebaikan Merokok Yang Anda Mesti Tahu

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngerikan seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.



1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.
.
2. Anti Rabies
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.
.
3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.
Tetiba… Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur. So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. Hahahaha

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Raja Ilya Nyaris Bunuh Diri Kerana Gambar Kontroversi

Raja Ilya

SHAH ALAM: Pelakon filem Appalam, Raja Ilya mengakui dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar hampir dua tahun lalu.

Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar itu.

"Ketika gambar itu disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telah pun bertunang.

"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih kerjaya sebagai pelakon atau pun bersama tunang? Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu.

"Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu.

"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehingga menyebabkan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir melayang," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini pada Isnin.

Tambah Raja Ilya, akibat perbuatan itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghadapi masalah buah pinggang.
Raja Ilya berharap kisah buruk yang dilakukannya itu tidak menjadi ikutan.



"Alhamdulillahlah saya kembali pulih dan saya sedar itu adalah tindakan bodoh yang pernah saya lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Ilya mengakui telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah.

Dia terserempak dengan wartawan tersebut dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.

"Saya tidak faham mengapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir-hampir musnah.

"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan menghidap kanser. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan nama saya. Saya akan pegang pada janji itu," ujarnya.

Sementara itu, Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia untuk kembali bangkit dan membina nama sebagai pelakon yang disegani di negara ini.

Katanya, cukuplah setahun setengah dia membazirkan masa dengan bersembunyi dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.

"Saya sudah tidak kisah apa yang orang ingin kata tentang saya kerana apa yang penting keluarga tahu apa yang saya buat.

"Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar," katanya.

Raja Ilya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini, pukul 10 malam.

Mstar

Monday, July 2, 2012

Anzalna Akur Syarat Dalam Surat Neelofa Sebelum Meminta Maaf

Anzalna


PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir berkata dia akur dan menerima syarat-syarat dalam sepucuk surat perjanjian daripada Neelofa dengan hati terbuka sebelum melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap aktres itu.

Anzalna, 24, yang dihubungi berkata, dia bersetuju untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam surat tersebut selepas menerimanya daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang bertindak sebagai perantara dalam konflik mereka.

“Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini.

“Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan,” katanya kepada mStar Online di sini, pada Ahad.

Pada Sabtu lalu, Neelofa, 23, seperti dilaporkan mStar Online berkata, dia menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna dalam sepucuk surat sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

Sidang media khas itu dijangka diadakan pada Isnin, pukul 1 petang di Hotel Royal Bintang di sini pada Isnin (hari ini).
Neelofa


Zed yang dihubungi berkata, dia akan memaklumkan butiran majlis itu dalam masa terdekat.

Anzalna berkata, dia berasa pelik dengan syarat-syarat dalam surat berkenaan tetapi bersetuju untuk memenuhi permintaan Neelofa kerana tidak mahu perkara remeh itu berlanjutan.

“Kes ini sudah banyak menggangu dan menjejaskan jadual kerja saya. Walaupun saya berasa pelik juga dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu tetapi saya akur kerana tidak mahu memanjangkan hal ini.

“Saya bersedia untuk memohon maaf bukan kerana dia tetapi kerana Allah. Saya tidak mahu jika konflik ini berterusan, lebih banyak kesilapan atau tindakan yang boleh mengaibkan orang lain akan saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak,” jelasnya.

Terbaru, bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem berjudul Aku Janda Belum Kaya di samping Rozita Che Wan untuk tayangan di Astro.

Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.

Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.

Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.

Mstar