Friday, June 29, 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Setelah bertunang selama 3 bulan akhirnya pada tanggal 29 Jun 2012 pelakon popular Irma Hasmie menjadi permaisuri kepada jejaka pilihannya seorang ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31.

Irma Hasmie & Reza dihari pernikahan mereka


Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan suami Irma Hasmie


Pertemuan mereka bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah pada 14 Februari lalu dimana keluarga Rezza, 31, yang juga turut sama menunaikan ibadat umrah. akhirnya Irma dan Rezza memutuskan untuk mengikat tali pertunangan 24 Mac 2012 yang lalu.



Pelamina pernikahan Irma Hasmie dan Reza

Majlis pernikahan Irma Hasmie bersama Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan telah diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari yang sama jam 8 malam.


Irma Hasmie bersama Ezuwan ismail pereka busana pengantinnya

Irma Hasmie di hari pernikahannya


Pada hari pernikahan, Irma mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.



14 Fakta Menarik Tentang Kucing


1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

2. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

3. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

4. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
5. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.


6. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing

7. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza

8. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini
9. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki

10. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

11. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

12. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut

13. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
14.Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari

Komik KL Gangster




Soalan Sukar – 98% Orang Di Dunia Tak Dapat Jawab?


Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!


Ini merupakan soalan tersebut :-
~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.




SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??


Antara petunjuk yang di beri :
1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.


Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi
SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Kreatif! Vending Machine Yang Boleh Masak Pizza

Sebuah vending machine berjaya dihasilkan untuk tujuan penjualan pizza bagi penggemar makanan ini. Ia boleh dianggap unik kerana kebiasaannya mesin ini hanya menjual produk makanan kering.


Kebiasaannya kita menggunakan vending machine yang menjual air minuman, coklat dan sebagainya. Tetapi terdapat sebuah syarikat yang dikenali sebagai Pizza Market Placemelaporkan bahawa konsep sebuah syarikat A1 dari Belanda akanmembuat debut mereka yang pertama tidak lama lagi mengenai mesin jual pertama di dunia yang menjual dan memasak pizza iaitu, Let’s Pizza di Amerika Syarikat. Boleh tonton video di atas.




Mesin ini telah direka oleh seorang juretera Itali, Claudio Torghele di mana mesin ini mampu memasak pizza kurang daripada 3 minit dengan menggunakan oven infra-merah.Mesin Let’s Pizza ini telah pun digunakan di seluruh Eropah semenjak tahun 2009 lagi, kini ia akan dipromosi kan ke serata dunia.

Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia (10 Foto)

Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.










Motorsikal Konsep Orang Nomad (6 Foto)

Seperti yang kita tahu, nomad merupakan istilah orang suka berpindah randah, maka terdapat satu produk dari Jerman,Cornelius Comanne iaitu motorsikal masa depan berkonsep nomad ‘sesuai untuk mereka yang suka pindah-randah’ ini diberikan nama manja “Bufalino”. Kenderaan beroda 3 ini adalahmodel Piaggio APE 50. Motorsikal ini sangat sesuai jika terlibat sebarang aktiviti yang jauh seperti konvoi, bercuti dan sebagainya. Boleh lihat gambar di bawah ini.







Sungguh menarik rekaan ini. Apabila lihat motorsikal ini, teringat pula pada kenderaan untuk melancong yang lebih sesuai dikenali dengan Caravan. Kenderaan-kenderaan seperti sudah tentu menjadi pilihan pengemar yang suka mengembara ke tempat lain.

Melayukini.net

Gambar Wang Kertas Baru 2012 Malaysia

Dikhabarkan pihak Bank Negara akan mula mengeluarkan siri wang kertas baru pada tahun ini. Wang kertas ni dijangka akan dikeluarkan oleh Bank Negara mulai 17 Julai 2012. Siri wangkertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro. Boleh lihat gambar di bawah ini.














Jika kita perasan, pihak Bank Negara mula mewujudkan kembali wang kertas RM20 kepada umum. Berkemungkinan tidak lama lagi RM10 juga tidak akan bernilai, dan pihak penjual akan menggunakan RM20 sebagai satu penanda aras baru bagi harga biasa yang rendah. Sebagai contoh, ada juga penjual mengenakan barangan RM10 dapat set makanan. Tidak mustahil ia akan menjadi RM20 untuk set makanan.

Melayukini.net

Thursday, June 28, 2012

Aziz Sattar Stabil, Enggan Jumpa Media



Hujung minggu lalu, seniman negara, Datuk Aziz Sattar dilaporkan telah ditahan di wad Hospital Ampang kerana mengalami sakit jantung.

Bagaimanapun, kondisi kesihatan pelakon berusia 86 tahun ini dimaklumkan sudah pun stabil tetapi masih lagi dirawat di wad CCU hospital berkenaan.

Pun begitu, pihak media telah dilarang keluarga pelakon ini untuk membuat liputan dan rakaman mengenai kesihatannya untuk sementara waktu kerana dikhuatiri menggangu kesihatan pelakon Seniman Bujang Lapok.

Dalam pada itu, Bendahari & Setiausaha Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) iaitu Mior Ahmad Zaudi telah tampil ke depan untuk menjelaskan situasi yang berlaku ke atas pelakon berkaliber ini memandangkan dia adalah individu yang akrab dengan Aziz Sattar.

“Semuanya bermula pada hari Ahad yang lalu selepas PKAVM mengadakan program Senam Seni di sebuah lokasi di Ampang yang turut disertai Datuk Aziz Sattar yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden PKAVM.

“Kira-kira jam dua petang selepas program tersebut tamat, saya telah menerima panggilan telefon daripada beliau.

“Dia meminta bantuan saya untuk menghantarnya ke hospital selepas mengadu sakit dada. Setelah membawanya ke hospital dan menguruskan segala apa yang perlu termasuklah menghubungi anak-anaknya, Datuk Aziz ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebaik saja semua waris Aziz Sattar tiba, barulah Mior menyerahkan segala urusan kepada keluarganya dan pulang.

“Sebelum pulang, Datuk Aziz sudah berpesan agar tidak menghubungi mana-mana media buat sementara waktu kerana dia mahu berehat sepenuhnya.

“Sehingga saat ini saya difahamkan keadaannya semakin stabil dan saya akan melawatnya sebentar lagi,” ujarnya tengah hari tadi.

Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan akibat kekeliruan kebenaran untuk membuat liputan tentang Seniman dan Pemuda UMNO yang mahu memberikan sumbangan kepada pelakon ini.

Kekeliruan berlaku apabila pihak media mahu membuat liputan mengenai pemberian sumbangan dari pihak Seniman yang disampaikan Presiden Seniman, Zed Zaidi, sedangkan Datuk Aziz telah memberitahu ingin ruang untuk berehat dan tampil berjumpa media apabila sudah pulih sepenuhnya. Kami mendoakan agar kesihatan Datuk Aziz Sattar bertambah baik dan beransur pulih.


2dayblogger

15 Cara Standard Wanita Posing Ketika Bergambar

Gambar-gambar kat bawah ni adalah 15 cara yang selalunya wanita membuat posing mereka ketika bergambar.Mesti korang biasa tengokkan.

1. peace sign


2. big heart


3. heart shape


4. punch to the face


5. grap hair


6. blowing kiss


7. shhh...


8. adjusting glass


9. innocent


10. okay


11. frame


12. puffed cheeks


13. suprised


14. teasing


15. confuse

Gambar Neelofa Di Paris Yang Serius Cantik Dan Menawan

Baru-baru ini, Neelofa telah diterbangkan ke benua Eropah dan beliau sempat menjelajah ke beberapa negara di sana termasuklah Perancis untuk sesi penggambaran Nona.Jom kita tengok gambar-gambar  Neelofa yang serius comel ketika di kota Paris.


 
 

Senarai 10 Negara Terkaya Di Dunia Ketika Ini


10. Austria
Austria adalah negara pada kedudukan kesepuluh dalam senarai negara terkaya, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39,711. Negara di mana gula-gula dengan tanda dagangan PEZ ini ditemui, mempunyai populasi sebanyak 8.41 juta, dengan sebahagian besar berbahasa Jerman. Antara industri utama Austria adalah pembinaan, makanan, dan logam.


9. Ireland
Ireland berada di kedudukan kesembilan, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4.58 juta orang ini menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.


8. Belanda
Dengan KDNK per kapita mencapai US $ 42.447, Belanda menduduki kedudukan kelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenali untuk kadar pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16.68 juta. Antara industri utamanya merangkumi pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.


7. Switzerland
Walaupun dunia mengenal Switzerland dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklatnya lazat, Switzerland sebenarnya adalah negara yang bagus bagi pelabur.Mereka mendakwa KDNK per kapita mencapai US $ 46.424 dengan jumlah penduduk 7.86 juta orang. Ekonomi Switzerland berdasarkan industri pelancongan, mesin, dan bahan kimia.


6. Amerika Syarikat
Amerika Syarikat menduduki tangga keenam negara terkaya dengan KDNK per kapita US $ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan penduduk lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya termasuk minyak bumi, baja, dan kenderaan bermotor.


5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berjaya masuk senarai ini adalah Singapura, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. Adapun industri utamanya merangkumi elektronik, kimia, dan perkhidmatan kewangan.


4. Norway
Sedangkan di kedudukan keempat negara terkaya adalah Norway, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.920. Kerajaan Norway adalah salah satu daripada beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategik ekonomi ini, mempunyai minyak dan gas asli, dan pemprosesan yang bagus.


3. Emiriah Arab
Emiriah Arab dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang mempunyai Dubai Mall, pusat membeli-belah terbesar di dunia ini, terdiri dari tujuh amiriah dan dikawal oleh presiden. Emiriah Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.


2. Luxembourg
Di posisi kedua adalah Luxembourg, dengan KDNK per kapita US $ 89.562. Walaupun merupakan negara Eropah yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luxembourg mempunyai bahasa sendiri iaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Perancis dan Jerman. Penduduk di sini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, perkhidmatan kewangan, besi dan baja.


1.Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan GDP adalah Qatar, dengan KDNK mencapai US $ 91.379 per kapita. Negara penganjur Piala Dunia pada 2022 mendatang ini mempunyai populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, pengeluaran minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan negara ini.

Gila!Motosikal Terbesar di Dunia Seberat 5 Tan

Sekumpulan manusia berjiwa "gila" yang di ketuai oleh Tilo Niebel dari perkampungan Zillah timur Jerman telah mereka motosikal terbesar di dunia dengan hanya menggunakan tangan tanpa sebarang perkakas elektrik.Dengan saiz berukuran 5.5 meter,motosikal ini dikuasakan dengan enjin kereta kebal Soviet T55 yang mempunyai daya kuasa sebanyak 880hp.Guinness World Book of Records secara rasminya telah mengukur berat sebenar motosikal ini ialah 4740 Kg.Bagi mengendalikan motosikal ini,Tilo telah mereka bentuk handle sepanjang 2 meter.Model kereta kebal yang di gunakan untuk membentuk motosikal terbesar di dunia ini ialah dari model tahun 1986.