Wednesday, June 13, 2012

Erni Zakri Tumpang Populariti Aiman Vanila Coklat?

Meskipun sudah tampil dengan album pertama berjudul Erni Zakri-Sinaran sebaik sahaja selepas bergelar juara dalam sebuah program realiti pada tahun 2009, nama Erni Zakri bagaimanapun masih lagi belum cukup kuat dalam industri seni hiburan.
Namun ia tidak mematahkan semangat penyanyi kecil molek itu untuk terus berjuang dalam bidang ini apabila muncul dengan single duet terbaru bersama pelakon yang popular menerusi drama Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza berjudul Khalimah Janji.
Malah Erni Zakri memberitahu kolaborasinya dengan Aiman Hakim Ridaza yang juga bintang kelahiran Mentor musim ke lima (Mentor 5) itu, sebagai salah satu peluang supaya namanya lebih dikenali di dalam industri hiburan tempatan.
“Saya tahu, Aiman memang sudah cukup dikenali sebagai pelakon Vanila Coklat dan saya tidak menafikan sedikit sebanyak saya menumpang popularitinya.
“Walaubagaimanapun, saya akui lagu ini sendiri sudah cukup kuat untuk saya dan Aiman dikenali menerusi lagu duet ini sahaja.
“Lagipun saya rasa masing-masing membawa keistimewaan tersendiri untuk ditonjolkan menerusi lagu duet Khalimah Janji ini.
“Malah saya pasti, peminat kini lebih pandai menilainya sendiri,” katanya selepas pelancaran lagu duet tersebut yang berlangsung di Hotel Quality, baru-baru ini.
Sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan muzik, Erni Zakri akui dia kini masih sabar menanti saat kegemilangannya untuk lebih dikenali di dalam seni muzik tempatan.

No comments:

Post a Comment