“Alhamdulilah nampak ada perkembangan yang baik dan doktor juga telah melakukan proses mencuci buah pinggang ayah dan keadaannya semakin stabil,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu. Pada malam Isnin lalu, Osman dikejarkan ke hospital apabila rebah selepas mengalami batuk berdarah dirumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon itu dikhabarkan telah meninggal dunia.
Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sedang dipantau selama 48 jam untuk melihat perkembangan dan tindak balas keadaan kesihatannya.
“Sebelum ini jantungnya telah berhenti selama 20 minit dan doktor mahu melihat perkembangan otaknya dalam masa 48 jam berikutnya selepas alat bantuan pernafasan dibuka.
Tambah Amin, doktor juga akan membuat imbasan sinar x bagi melihat perkembangan fungsi otak bapanya selepas tempoh itu.
“Insya Allah, harap-harap semuanya berjalan lancar dan ayah akan kembali sihat,” ujarnya.
Menurut Amin, bapanyua sudah lama mengalami penyakit batuk kering serta sesak nafas dan keadaannya bertambah serius sejak akhir-akhir ini.
No comments:
Post a Comment