Friday, June 15, 2012

Bas Sekolah Yang Cute



Bila teringat bas sekolah, teringat pula zaman kecil dahulu semasa nak pergi ke sekolah. Masa kecil dahulu, bab nak pergi sekolah pastinya seronok. Lagi-lagi masa darjah satu. Ramai kawan baru dan macam-macam boleh jumpa di sekolah. Betul tak? Bas sekolah di Malaysia hanya berwarna kuning dan berjalur hitam tapi lain pula di Jepun.




Mereka telah mengubah suai kenderaan mereka ini menjadi lebih unik dan menarik perhatian kanak-kanak untuk ke sekolah. Pasti anda mahu menaiki dan mahu bersekolah semula. Mana tidaknya, bas sekolah ini memang cute habis. Pelbagai karektor yang kita boleh pilih tetapi kebanyakannya orang jepun sukakan anjing.




No comments:

Post a Comment