Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan cinta yang memang memerlukan komitmen, pengertian, pergorbanan, faham memahami yang bukannya mudah. Pasti bingung dan buntu memikirkan penyebab berlaku hubungan yang renggang. Apakah kerana masa bercinta yang lama?Atau apakah kerana memang hubungan tiada keseronokan lagi? Kenapa cinta yang dulunya diserikan dengan kemesraan kini pudar. Jom kita lihat tanda-tanda hubungan cinta yang semakin hambar.
Semakin Kurang Menghubungi
Perasaan terhadap kekasih atau pasangan memang sentiasa membara malah setiap saat, setiap masa anda ingin berdekatan dengan dirinya. Malah dengan setiap nafas, pasti nama dan dirinya berasa bersama anda. Namun apabila hubungan semakin renggang, anda kan semakin kurang menghubunginya. Sila semak adakah hubungan anda sudah mula begini.
Tidak Berbual Tentang Masa Depan
Sepasang kekasih akan sentiasa merancang masa hadapannya. Mereka akan merancang apa yang mahu dilakukan bila hidup berdua, berapa orang anak yang mereka inginkan, membeli rumah dan sebagainya. Percakapan yang selalu dibualkan selalu menjurus ke aspek ini. Kalau anda berdua tidak lagi bercakap tentang hal ini, berhati-hatilah kerana hubungan anda semakin bermasalah.
Tiada Usaha Menyelamatkan Perhubungan
Masih ingat bagaimana detik-detik indah anda menemuinya. Segala-galanya nampak manis dan menjadi memori yang akan anda kenang. Berduaan ke tepi pantai, membeli-belah di tempat kegemaran, menghadiahkan sesuatu buatnya di hari istimewa namun apabila perhubungan anda menghadapi masalah, dia langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan sesebuah perhubungan.
Gunakan Keburukan Untuk Mengeruhkan Keadaan
Bercakap perkara yang negatif antara senjata yang anda boleh gunakan. Kalau anda tahu keburukannya, ajukan saja padanya soal ini di mana dia pasti tidak boleh mengelakkan lagi. Selalunya menyakiti hatinya, nescaya rasa sayang yang dia pernah pupuk pada anda akan padam sehingga apa yag tinggal hanyalah rasa benci yang amat mendalam.
Bercakap Perkara Yang Boleh Mendatangan Kemarahan
Kalau sudah timbul rasa benci di hati anda, selalulah bercakap hal-hal yang akan mendatangkan kemarahan atau menimbulkan rasa benci di dalam hatinya. Apa saja lawak yang dia utarakan, anggap saja sebagai satu hal yang amat membosankan yang pernah anda dengar. Ketawa manja yang selalu anda gelakkan, sudah padam di dalam hati, nescaya tahap perhubungan yang dijalin sudah sampai ke kemuncaknya. Ia hanya tunggu masa untuk anda memutuskan perhubungan jika sudah banyak tanda-tanda dalam perhubungan yang hambar.
Pergaduhan Di Tempat Awam
Bergaduh di tempat awam memang memalukan bagi sesiapa yang melakukannya di hadapan orang ramai. Pernahkah anda melihat sesuatu pergaduhan di tempat awam dan apa reaksi kedua-dua belah pihak yang bergaduh? Walaupun bergaduh di tempat awam sesuatu yang tidak baik tetapi andai ia terjadi, sudah pasti hubungan anda dan si dia akan terus terputus kerana dia sudah tidak sanggup melihat perangai anda yang memalukannya di khalayak ramai.
Belajar Berdikari
Sebagai satu usaha yang anda akan tinggal keseorangan, mulakanlah diri berdikari. Jika sebelum ini anda sering mengharapkan bantuan si dia atau anda sering melakukannya bersama-sama, belajar-belajarlah buat semuanya kerana selepas anda memutuskan hubungan, semuanya anda perlu buat sendirian. Dalam pada itu, mulalah sedikit sebanyak membayangkan siapa pula yang akan bertakhta di hati selepas ini. Ini penting kerana anda mungkin sudah biasa hidup berdua, agar tidak terasa sunyi hidup keseorangan.
Simpan Rahsia
Kunci kejayaan dalam sesebuah perhubungan ialah kepercayaan. Ini bermakna tiada rahsia di antara anda dan pasangan, tiada penipuan, tiada rahsia dan tiada kejutan yang boleh membuatkan sebuah perhubungan berantakan. Namun jika perhubungan sudah bermasalah, apa lagi yang harus anda pertahankan? Benci memang mengundang rasa marah dan kita ingin membuka semua rahsianya. Kalau sudah marah dan ingin putus, anda patut menyimpan semua rahsia agar maruah masing-masing terus dipertahankan.
Cuba semak tanda-tanda hubungan anda semakin bermasalah atau tidak. Jika benar, carilah jalan penyelesaian yang baik dan kalau tidak putuskan saja demi kebaikan anda. Setiap masalah pasti ada cara atau jalan penyelesaiannya agar hubungan cinta pulih kembali. Langkah yang paling baik adalah,anda dan pasangan boleh berehat seketika iaitu berpisah secara sementara waktu.
No comments:
Post a Comment