Sunday, June 17, 2012

Izara Aishah Kembali Dalam Drama Naziha Selepas Fenomena Vanilla Coklat

Izara Aishah Kembali Dalam Drama Naziha Selepas Fenomena Vanilla Coklat
Rindukan kelibat Izara Aishah dalam drama bersiri selepas berakhirnya Vanilla Coklat? Malam ini penantian anda bakal berakhir dengan barisan 13 episod drama baru.
Bermula 15 Jun 2012, melalui slot Zehra di TV3, sebuah drama bersiri berjudul Naziha akan mengambil tempat menggantikan tayangan drama Bunga Bunga Syurga.
Naziha menampilkan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Zain Saidin, Amar Baharin, Nik Zaris Nellydya, Nadia Kesumawati dan Mustapha Kamal.
Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan dari OrangeTree Production dan sentuhan skrip Zarihah Hassan.

  
Sinopsis Drama Naziha Slot Zehra TV3
Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha.
Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian?
Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?
Sumber: RotiKaya

No comments:

Post a Comment