Friday, June 15, 2012

Kena Saman Trafik? Semak Saman Trafik Online



Kali ni aku nak bercerita pasal saman. Korang pernah kena saman ke tak? aku tak pernah lagi kena saman setakat ni lah sebab aku kan pemandu yang berhemah (dengan lagak bangganya)huhu. 

Cakap pasal saman ni, aku nak kongsi sikitlah macam mana nak check saman secara online. Korang boleh pergi ke laman web rasmi Trafik JPJ dengan hanya perlu memasukkan no kad pengenalan dan no plat kereta. Kekadang korang pon tak perasan yang korang ada saman kan?huhu

Selain dari tu boleh juga semak menggunakan SMS. Contohnya macam ni:

Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
SAMAN [no pendaftaran kenderaan] , hantar kepada 32728
contoh : SAMAN BHN786 hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamat email, taip
SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
Contoh : SAMAN BHN786 izhar@yahoo.com dan hantar ke 32728

Mudah kan?

Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman  secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.

Jadi kalau tak nak kena saman jadilah pemandu / penunggang berhemah macam aku ni.hihihi=P


No comments:

Post a Comment