Thursday, June 21, 2012
Shahrizal merisik Redzwani
JIKA sebelum ini namanya sering dikaitkan dengan khabar angin yang tidak enak didengar, keputusan Shahz Jaszle untuk menukar namanya ke Shahrizal mungkin membawa berkat.
Berdasarkan sekeping gambar di Instagramnya, pelakon tampan yang sebelum ini sering digosipkan dengan beberapa artis wanita terkenal seperti Maria Farida dan Neelofa, bakal merisik kekasih hatinya, Redzwani Puteri.
Ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, Shahrizal dengan nada sedikit teruja mengesahkan perkhabaran tersebut dan mengatakan semua perancangan sedang diuruskan pihak keluarga kedua-dua belah pihak.
Menurutnya, setelah setahun berkawan, sudah tiba masanya untuk mereka membawa ikatan tersebut pada langkah seterusnya.
KOSMO!: Anda dikatakan bakal merisik kekasih hati, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini berdasarkan sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram anda. Sejauh mana kebenarannya?
SHAHRIZAL: Ya, perkara itu memang benar. Buat masa ini, pihak keluarga kami berdua sedang sibuk menguruskan segala perancangan untuk majlis tersebut. Jadi saya hanya mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh mereka kelak.
Kenapa tanpa sebarang desas-desus, anda mengambil keputusan untuk mengadakan majlis merisik tersebut?
Saya percaya semua itu adalah jodoh kerana hubungan kami bermula sebagai kawan biasa kira-kira setahun yang lepas. Lama-kelamaan, kami menjadi semakin rapat dan akhirnya bergelar pasangan kekasih pada awal tahun ini.
Boleh ceritakan sedikit bagaimana pertemuan yang hanya menjangkau usia setahun boleh sampai ke tahap ini?
Seperti yang saya katakan, itu semua ketentuan Ilahi. Saya tertarik dengan personaliti Redzwani. Daripada seorang kawan biasa, menjadi rakan rapat dan akhirnya bergelar kekasih. Lagipun keluarga kami saling mengenali. Ibu saya dan ibu Redzwani sebenarnya sudah lama berkawan, jadi mungkin dia (ibu Shahrizal) berkenan dengan Redzwani juga.
Bila dan di mana majlis merisik akan diadakan nanti?
Semuanya masih dalam perancangan lagi, cuma tarikh sahaja yang telah diputuskan. Saya dimaklumkan majlis tersebut akan berlangsung di kediaman Redzwani di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Sebelum ini anda sering dikaitkan dengan artis-artis wanita lain seperti Neelofa dan Miera Liyana. Adakah majlis ini akan menutup segala gosip-gosip tersebut?
Saya sudah mengenali Redzwani untuk tempoh yang agak lama dan sepanjang tempoh itu, hanya dia berada dalam hati saya. Jadi, apa yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah gosip semata-mata.
Kosmo
Labels:
Artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAria Farida, Myra semu tu gossip?wayang je lebih tu. Apa2 pon moga ini yg terakhir dan dia berakhir dgn pertalian yg sah :)
ReplyDelete