Monday, June 25, 2012
Aaron Aziz Terima MyPR Awal Jun, Kini Bergelar Penduduk Tetap
Dalam diam-diam, rupanya Aaron Aziz dan keluarga sudah pun menerima kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) nya.
Namun begitu, sebenarnya Aaron dan keluarga telah mendapat kelulusan sejak awal Jun 2012 lagi, tetapi pelakon yang popular dengan filem KL Gangster ini telah merahsiakan perkara ini dari media. Perkara ini terbongkar apabila satu sumber yang tidak diketahui telah menghantar e-mel kepada pihak Sensasi Bintang dengan salinan kad MyPR milik isteri Aaron turut dilampirkan bersama.
Perkara ini telah memaksa Aaron untuk tampil memberikan kenyataan terhadap perkara yang berlaku.
“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.
“Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak.” – Aaron Aziz dipetik dari Kosmo Online.
Untuk pengetahuan, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik telah mula memohon MyPR semenjak Ogos 2011.
Sumber : Kosmo!
Labels:
Artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment