Tuesday, June 12, 2012

Emelda Mahu Suara Macam Beyonce
SEDANG menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi, pelakon Emelda Rosmila mengakui tidak sabar untuk menghabiskan pengajiannya itu.
Emelda memberitahu hasrat untuk menyambung pelajaran sudah lama dipendam dan bersyukur mendapat peluang tersebut walaupun agak lewat berbanding orang lain.
"Sudah lama saya ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi namun rezeki nampaknya selepas berkahwin. Namun itu bukan alasan untuk berjaya.
"Malah selepas mendapat ijazah sarjana muda ini saya berkira-kira untuk menyambung ke peringkat seterusnya," ujarnya.
Emelda turut memberitahu, walaupun sibuk dengan pengajian dan kuliah secara jarak jauh yang diikutinya, dia juga tidak melupakan bidang lakonan dan bakal muncul dengan drama bersiri Waris arahan Kabir Bhatia.
Dia juga sedang sibuk dengan latihan teater Primadona...Perahu Mimpi yang menggandingkannya dengan pelakon Que Haidar pada 26 Jun depan.
Waris bakal ditayangkan di slot Seram pada 14 Jun ini setiap hari Khamis pukul 10 malam di TV3.
Mari kita ikuti kisah menarik mengenai pelakon ini.
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Saya sedang terfikir tentang bekas Perdana Menteri Keempat dan isteri beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya.
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Lipas.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Buat hal sendiri tanpa menggagu orang lain.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Apabila mereka cuba menjadi orang lain dan bukan diri mereka sendiri.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Berkahwin dengan Adlin Aman Ramlie.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Pernah.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Sudah tentu.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Menyanyi dan mempunyai suara macam Beyonce.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Nak jadi seorang puteri di Monaco.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Orang tidak menghargai kerja yang kita lakukan.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Berlakon di bawah pengarah berbakat iaitu Kabir Bhatia.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Kasih sayang mereka.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Tiada khusus.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Willy Wonka oleh Johnny Depp dalam filemChocolate Factory.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Sebagai seorang manusia yang mempunyai hati yang jujur dan ikhlas.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Tidak mudah menyerah dalam melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment