Friday, June 15, 2012

Bohsia 2: Jalan Kembali Capai 1 Juta dalam 2 Hari Tayangan

poster bohsia 2 

Haaa..ni movie paling latest aku tengok semalam. Dengan sape???huhu..ada lah...cerita ni pon kelakar jugak. Yelah sebab ada Zizan kan.haha. Aku dengar cerita filem ni dapat kutipan 1 Juta dalam masa 2 hari tayangan. Wowww..Filem ni dibintangi nama-nama besar macam Syamsul Yusof, Salina Salbi, Nabila Huda, Zizan Razak & Sofi Jikan.

Sinopsis :

Filem aksi arahan Syamsul Yusof ini berkisar tentang Amy, bekas bohsia telah bertaubat untuk tidak mengulangi sejarah “hitam” dengan menjejakkan kakinya ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya semakin hanyut bergelumang dengan gejala haram serta tingkah lakunya yang dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya namun Muz dan Ijan senantiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting mememesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha haruslah mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agamanya.

Filem Bohsia 2 yang diterbitkan dan diedarkan oleh Grand Brilliance dan Skop Productions akan ditayangkan 7 Jun 2012 di pawagam seluruh Malaysia.


       Lakonan mantap dari Sofi jikan tak perlu dipertikai kan lagi. Buat korang rasa geraaaam jerk. jahat sungguh. Salina Saibi dan Nabila turut menguatkan lagi jalan Cerita. Bila ada Zizan Razak, dah tentu lah kemunculan nya untuk menambah rencah lawak dalam Filem nie.








TRAILER


So, kalau korang suka citer aksi, geganas dan ada pengajaran dan lawak. Filem Bohsia 2 ini boleh di tonton. Sebab kali nie punya Bohsia, banyak di selitkan kisah2 keagamaan jugak. Walaupun kita jahat, tak semestinya jahat selamanya kan. Dan kematian tidak kenal usia. Jangan anggap dah tua baru mati, kerna ajal maut di tangan tuhan.

No comments:

Post a Comment