LUPAKAN seketika single atau muat turun lagu pop kegemaran ramai yang sering diputarkan radio jika anda peminat rock sejati!
Ini kerana lagu-lagu slow rock terbaik era 70-an, 80-an dan 90-an yang pernah menambat jiwa kini boleh didapati semula dalam bentuk fizikal. Apa yang pasti anda pasti tersenyum mendengar rakaman lagu yang yang ada antaranya sudah berusia 38 tahun.
Kompilasi bertajuk Slow Rock Ballads (The Best Slow Rock Ballads Of All Time) terbitan Warner Music (M) ini ada pelbagai lagu slow rock berbisa tidak luput ditelan zaman.
Lagu malar segar rock dengan gitar solo dan vokal berkarakter menyenaraikan kumpulan UFO, Ratt, Dokken, Alice Cooper, Gary Moore, Whitesnake, Deep Purple, Twisted Sister, Loudness, Megadeth dan banyak lagi.

Senarai lagu juga boleh tahan dan sedap. Sebut saja Here I Go Again, Still Got The Blues, Rock Will Never Never Die (Walk The Stage), So Lonely, Child In Time, pasti ada yang boleh memainkan lagu ini dengan kumpulan rock mereka.
Malah tidak keterlaluan mengatakan masih ada yang mendengar lagu-lagu terbabit hingga sekarang.
Sekalipun ada juga lagu kumpulan rock lain terlepas pandang, kompilasi Slow Rock Ballads memadai. Ini sedikit sebanyak mengembalikan memori terhadap muzik rock yang tiada istilah tamat tempoh.
Apa menarik mengenai kompilasi ini adalah kekuatan gitar yang menjadi nadi lagu rock zaman terbabit. Senario solo gitar ‘menangkap’ lagu-lagu dibariskan dalam kompilasi ini jarang didengar sekarang hinggakan timbul istilah ‘fade-out’ dan muzik moden tanpa gitar solo buat lagu jadi bosan dan tiada jiwa.
Apa yang penting, idea mengumpul dan menghasilkan lagu-lagu rock lama ini perlu diberi ‘hats-off’ walaupun ada menganggap muzik rock kapak atau genre ini pupus. Jika dikaji, muzik adalah evolusi progresif yang tidak basi dan akan berubah setiap 120 bulan sekali.
Anggapan itu tidak tepat atau dianggap ‘double-standard’ kerana muzik rock antara irama paling banyak dimainkan dalam lipatan sejarah muzik.
Rock ada martabat tersendiri sekalipun kumpulan datang dan pergi. Mengapa?
Kebanyakan lagu rock dikenali menerusi penjualan kaset, konsert rock ‘live’, kemeja-T atau lagu diperkenalkan oleh rakan.
Bukan setakat lagu rock, karakter vokalis atau gitaris rock banyak mempengaruhi remaja atau golongan muda bermain gitar.
Sebut saja nama Ritchie Blackmore, Torch, Akira Takasaki, Paul Gilbert, Dave Mustaine, siapa tidak kenal jari-jemari mereka memetik gitar ‘shred’ atau bermain ‘riff’ seperti sebuah kereta Ferrari V8 memecut laju di jalanan!
Dengan lima CD membabitkan 71 lagu, kualiti rakaman dalam kompilasi slow rock ballads ini memang mantap kecuali jika dibanding dengan rekod piring hitam ‘vinyl’.
Adalah lebih baik jika ada lagu Motley Crue, Nazareth, Stryper, Bad Company, Uriah Heep mahu pun WASP kerana ia pasti memberi ‘ummph’ kepada kompilasi slow rock ini!
Setiap lagu ada sejarah, setiap lagu ada karakter tidak boleh diubah suai atau susunan baru. Keaslian lagu-lagu slow rock bertema ‘cinta’ menjadikan kompilasi ini begitu diminati ketika zaman kemuncak era dilalui setiap artis terbabit.
Lagu nyanyian The Cars bertajuk Drive atau Missing You oleh John Waite juga ada. Kategori kompilasi ada menghimpunkan band glam rock/metal seperti Poison, Great White dan kumpulan thrash, Testament.

Dipetik dari: myMetro
No comments:
Post a Comment