Saturday, June 16, 2012

Beego Nafi Pegang Tangan Rozita Che Wan di Luar

Memang agak terkejut juga kita, apatah lagi tidak disangka-sangka yang Beego tiba-tiba dikaitkan ada hubungan dengan Rozita Che Wan. Hubungan yang terjalin ini dikatakan merupakan gosip yang tersebar luas apabila mereka berdua dikatakan ada orang ternampak mereka berpegang tangan sekitar shopping complex Pavilion dan The Curve. Namun Beego dalam portal Kosmo telah menafikan semua itu, dan menganggap mereka berpegang tangan hanya di set lakonan sahaja.


"Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul. Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang tidak benar.

Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.

Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini dengan lebih lanjut". -Kosmo

No comments:

Post a Comment