Saturday, June 16, 2012

Misteri Volkswagen Kuning di Lebuhraya Karak.


Terdapat satu kisah sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning yang dianggap berhantu. Dikisahkan bahawa ia sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak.

Sudah lama juga dikira hantu Volkswagen ini menghantui kenderaan di jalan raya. Namun bgitu ia tidak berapa ketara sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan yang dinamakan Jelapang.

Sejak pembinaan lebuh raya itu, hantu ini semakin ketara muncul untuk menganggu kenderaan yang sentiasa lalu lalang di kawasan tersebut.

Kisah tersebut dipercayai bermula ketika seorang isteri yang curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta volkswagen milik suaminya.

Si suami yang mati itu menyimpan dendam membara untuk memiliki semula volkswagen itu. Volkswagen tersebut dikatakan akan muncul scara tiba-tiba di tengah lebuhraya dihadapan mereka-mereka yang "bernasib baik.

Sekiranya pemandu kereta memintas volkswagen tersebut, ia akan segera kembali berada dihadapan kenderaan mangsa secara mengejut.

Dikhabarkan, sudah banyak kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan volkswagen kuning itu dikawasan yang dimaksudkan.

Di sebalik kisah ini, ia membuktikan sungguh mudah untuk kita mempercayai sesuatu yang ghaib terutamanya jika berkait rapat dengan alam mistik.

Namun begitu, pelbagai sangkaan yang muncul apabila kita tidak dapat memastikan kisah yang sebenar yang berlaku disebalik cerita tersebut.

Apapun yang terjadi disebalik kisah Volkswagen kuning itu, pastinya semua terjadi dengan hikmah.

Harus di ingat, syaitan sanggup melakukan apa sahaja untuk mnyesatkan hambaNya. Dugaan sebegini juga merupakan salah satu cabang kekukuhan iman seseorang hamba diuji.

Allah ingin menguji hambaNya dengan pelbagai cara. Sebenarnya, DIA juga ingin menguji hambaNya samada lebih takutkan makhluk ghaib atau Yang Maha ESA.

Allah tidak mencipta sesuatu tanpa bersebab. Semuanya akan berbalik kepada ciptaan Allah, jika Allah tidak datang menguji hambaNya dengan perkara ghaib, sesetengah daripada kita mungkin tidak tefikir mengapa perlu kita perlu percaya kepada perkara ghaib

No comments:

Post a Comment