Friday, June 29, 2012

Kreatif! Vending Machine Yang Boleh Masak Pizza

Sebuah vending machine berjaya dihasilkan untuk tujuan penjualan pizza bagi penggemar makanan ini. Ia boleh dianggap unik kerana kebiasaannya mesin ini hanya menjual produk makanan kering.


Kebiasaannya kita menggunakan vending machine yang menjual air minuman, coklat dan sebagainya. Tetapi terdapat sebuah syarikat yang dikenali sebagai Pizza Market Placemelaporkan bahawa konsep sebuah syarikat A1 dari Belanda akanmembuat debut mereka yang pertama tidak lama lagi mengenai mesin jual pertama di dunia yang menjual dan memasak pizza iaitu, Let’s Pizza di Amerika Syarikat. Boleh tonton video di atas.




Mesin ini telah direka oleh seorang juretera Itali, Claudio Torghele di mana mesin ini mampu memasak pizza kurang daripada 3 minit dengan menggunakan oven infra-merah.Mesin Let’s Pizza ini telah pun digunakan di seluruh Eropah semenjak tahun 2009 lagi, kini ia akan dipromosi kan ke serata dunia.

No comments:

Post a Comment