Tuesday, June 19, 2012

Tiada angin tiada ribut, orang tengah sibuk isu Anzalna, Neelofa, dan Tasha Shilla, tiba-tiba aktor kacak ini timbul entah dari mana.
Terbaru dari sebuah portal hiburan, Murai, melaporkan bahawa hero filem ‘Azura 2012′ bakal merisik seorang gadis yang aku sendiri belum dapat maklumat lengkap mengenainya. Ingatkan sekarang sudah hidup berkelana setelah lebih 3 orang selebriti wanita kita dilamun cinta dengannya. Rupanya dalam diam, Shahrizal sudah mempunyai buah hatinya yang kami rasa pandai juga dia merahsiakan perkara ini.
Menurut sekeping nota yang dimuatnaik ke Instagram Shahrizal Jaszle, tertulis beberapa perkataan yang mengatakan bahawa Shahrizal akan masuk merisik gadis bernama Redzwani Puteri pada 15 Julai ini. Terkejut juga apabila melihat foto yang terang-terang boleh dilihat oleh semua orang di laman Instagram-nya.


Sumber & Gambar : Murai, mStar Online

No comments:

Post a Comment