Tuesday, July 31, 2012

50 NAMA TEMPAT TERPELIK DI DUNIA


Korang Tahu tak di dalam dunia ini terdapat nama-nama tempat yang begitu pelik dan aneh sekali? Mungkin tidak terjangkau dek fikiran yang tempat-tempat sebegini sebenarnya wujud dan korang mungkin sesekali terfikir siapakah yang memberikan nama sedemikian. Nama seperti Westwood mungkin amat tipikal untuk kita, tapi nama tempat seperti ii, Finland atau pun Why, Arizona dan No Name, Colorado USA mungkin sama sekali tidak disangka oleh kita semua. Berikut adalah senarai 50 tempat di dunia yang mempunyai nama-nama yang pelik, aneh dan unik sekali:

  1. Fucking (Austria)
  2. French Lick (Indiana, USA)
  3. Boring (Oregon, USA)
  4. Intercourse (Pennsylvania, USA)
  5. Dildo (Newfoundland, Canada)
  6. Why (Arizona, USA)
  7. Blowhard (Australia)
  8. Fart (Virginia, USA)
  9. Climax (Michigan, USA)
  10. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (Wales)
  11. Big Bone Lick (USA)
  12. Dwarf (Kentucky, USA)
  13. Dead Chinaman (Papua New Guinea)
  14. Assawoman (Virginia, USA)
  15. Burning Well (Pennsylvania, USA)
  16. Acme (West Virginia, USA)
  17. Sexi (Peru)
  18. Poopoo (Hawaii, USA)
  19. Beer Bottle Crossing (Idaho, USA)
  20. Truth Or Consequences (New Mexico, USA)
  21. Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu (New Zealand)
  22. Needmore (Texas, USA)
  23. Pussy creek (Ohio, USA)
  24. ii (Finland)
  25. My Large Intestine (Texas, USA)
  26. Gayville (South Dakota, USA)
  27. Ass (Ukraine)
  28. Can do (North Dakota, USA)
  29. Wagga Wagga (Australia)
  30. Dollarbeg (Scotland)
  31. Cockburn (Western Australia)
  32. Shetland Islands (Scotland)
  33. Lolita (Texas, USA)
  34. Wetwang (England)
  35. Middelfart (Denmark)
  36. Disappointment (Kentucky, USA)
  37. Hell (Michigan, USA)
  38. Whiskey Dick Mountain (Washington State, USA)
  39. Gravesend (England)
  40. Looneyville, Texas, USA)
  41. Hygiene (Colorado, USA)
  42. Bird in Hand (Pennsylvania, USA)
  43. Embarrass (Minnesota, USA)
  44. Plain City (Utah, USA)
  45. Okay (Oklahoma, USA)
  46. Normal (Illinois, USA)
  47. Odd (West Virginia, USA)
  48. Hooker (Oklahoma, USA)
  49. No Name (Colorado, USA)
  50. Hot Coffee (Mississippi, USA)
Antara nama-nama lain yang tidak tersenarai ialah:

  1. Cut and Shoot, Texas USA
  2. Condom, Selatan Perancis
  3. Batman, Timur Turki

PAKAIAN TIDUR ANTI ROGOL





p/s: huiiii, macam menyusahkan je...kalau korang tak nak kena rogol, cube lah..haha..tapi selesa ke tido dalam tu...takut nanti tak sempat perogol nak datang, dah mati kelemasan..heh,

PANTANG LARANG ORANG JEPUN

bila di Jepun, jangan tusuk copstik 
korang macam ni yer...

Ingatkah anda dengan Misteri atau Mitos Angka 13? Kepercayaan yang begitu menular di dunia barat sehingga ada yang mempercayainya sebagai nombor sial atau malang. Namun sebaliknya ianya tidaklah menjadi satu kesialan bagi masyarakat Jepun. Kalau di dunia Barat, tingkat 13 biasanya sengaja ditinggalkan atau pun dinamakan sebagai 12b dan sebagainya, bagaimana pula dengan kepercayaan mitos masyarakat Jepun? Di Jepun masalah mitos dan kepercayaan kepada pantang larang ini juga wujud, dan marilah kita lihat apakah bentuk pantang larang dan kepercayaan orang-orang Jepun.

1. Kepercayaan Nombor 4 dan 9
Angka 4 dan 9 dianggap sebagai nombor atau angka sial di kalangan masyarakat Jepun kerana sebutannya iaitu 4 sama dengan kata untuk “kematian ” (shi). Manakala nombor 9 pula disebut “ku” bermaksud “kesengsaraan”. Oleh kerana itu, orang tidak boleh membuat hadiah yang terdiri daripada empat bahagian atau kuantiti, dan seumpamanya.

Di Jepun ada beberapa hotel dan hospital di mana bilik yang menggunakan angka 4 dan 9 akan samaada tidak diwujudkan terus atau dinamakan sebagai nombor sebelumnya dengan tambahan sekuens seperti 3b, 13A dan sebagainya. Begitu juga dengan nombor pada katil di hospital di mana nombor 4 dan 9 tidak digunakan.

2. Penyepit (Copstik) dibiarkan tertusuk ke nasi
Jangan sekali-kali anda menusuk penyepit copstik anda ke dalam makanan secara umumnya, terutamanya ke dalam nasi kerana perbuatan itu hanya dilakukan semasa upacara pemakaman jenazah (copstik ditusuk ke dalam nasi untuk tujuan adat pemakaman orang yang meninggal)

3. Berikan makanan dari penyepit kepada penyepit
Ini hanya dilakukan dengan tulang-tulang badan simati yang dikremasi di tempat pemakaman.

4. Tidur Mengarah ke Utara
Jangan tidur dengan badan berdepan ke arah utara kerana hanya mayat sahaja yang diletakkan sedemikian.

5. Jangan Tunjukkan Ibu Jari Anda
Jika kereta jenazah melintasi anda, anda harus menyembunyikan ibu jari anda. Sekiranya tidak, ibubapa anda dikhuatiri akan meninggal dunia selepas ini. Kepercayaan berdasarkan kepada perkataan “oya yubi” yang bererti “ibu jari” manakala “oya” juga membawa erti “ibubapa”.

6. Potong kuku pada malam hari
Jika anda memotong kuku pada malam hari, anda tidak akan dapat bersama ibubapa anda ketika mereka mati.

7. Berbaring setelah makan
Jangan anda sekali-kali berbaring sebaik saja selepas makan, kerana akan dikhuatiri menjadi seekor lembu.

8.Bersiul di malam hari
Jika anda bersiul di malam hari, ular itu akan datang kepada anda.

9. Kucing hitam
Ada juga beberapa kepercayaan tahyul yang diambil daripada kepercayaan lain seperti percaya bahawa sekiranya kucing hitam menyeberangi jalan di hadapan anda, ianya menyebabkan nasib buruk atau sesuatu kesialan akan berlaku pada anda.

Pada banyak kuil, candi dan kedai-kedai suvenir, tangkal azimat dijual dengan beranggapan ianya dapat membawa kemenangan, keselamatan atau nasib baik serta pendinding kepada sebarang sial dan nasib buruk. Ada pelbagai tangkal azimat untuk tujuan tertentu seprti untuk kekayaan, kesihatan, cinta, kejayaan pada ujian, keselamatan di jalanan.

Terdapat juga kertas potongan kecil yang dipanggil omikuji dijual yang dipercayai mampu meramalkan masa depan anda. Potongan kertas yang telah dibaca akan diikatkan pada cabang ranting pokok bertujuan samada untuk membawa nasib yang baik atau untuk mengelakkan nasib yang buruk di masa depan.


-panduanpercuma.info

10 TIPS BERUMAHTANGGA CARA RASULULLAH S.A.W.


Berikut adalah 10 tips untuk menjaga kemesraan dan mengekalkan sifat romantik pasangan yang dikompilasi daripada hadis-hadis dan riwayat yang menceritakan tentang kehidupan berumahtanga Rasulullah S.A.W.

1. Suami membukakan pintu untuk isterinya (kendaraan/rumah/dll)
Istilah yg cukup akrab di telinga kita yg katanya orang-orang moden ini. “Ladies First”. Ini sudah dilakukan Rasulullah S.A.W. sejak berabad-abad yang lalu, di saat kebudayaan lain di dunia menganggap wanita lebih rendah, bahkan diragukan statusnya sebagai “manusia”. Dari Anas, dia berkata : “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Rasulullah S.A.W. menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah. Kemudian beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau sehingga dia bisa menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)

2. Mencium isteri ketika pergi dan datang
Sungguh hal yang romantis dan bisa menimbulkan rasa kasih sayang jika kita bisa membiasakan mencium isetri/suami ketika hendak berpergian atau baru pulang. Daripada ‘Aisyah r.a., bahawa"Rasulullah S.A.W. biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi wudhu’nya.”(HR ‘Abdurrazaq)

3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari Aisyah r.a., dia berkata : "Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam “ (HR. Bukhori dalam Adabul Mufrod)

Dari Aisyah r.a., dia berkata : Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haidh, lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau minum (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)

Nabi S.A.W. pernah minum di gelas yang digunakan oleh Aisyah. Beliau juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.(HR Muslim No. 300) bahkan keberkahannya dijamin, diriwayatkan Abu Hurairah : "Makanan berdua cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang.” ( HR Bukhori (5392) dan Muslim (2058))

4. Suami menyuapi isteri
Dari Saad bin Abi Waqosh r.a. berkata : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “ Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu." (HR Bukhori (VI/293) dan Muslim (V/71)

5. Berlemah lembut, melayani/menemani istri yang sedang sakit (memanjakan isteri sakit)
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., Nabi S.A.W. adalah orang yang penyayang lagi lembut. Beliau orang yang paling lembut dan banyak menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

6. Bergurau senda dan membangkitkan kemesraan
Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi S.A.W. tertawa melihat mereka. (HR Nasai dengan isnad hasan) Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah S.A.W. suka bercanda dengan isterinya. (HR Bukhari)

7. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik dia ntara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya." (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).

8. Memberikan hadiah kepada isteri
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “KetikaNabi S.A.W. menikah dengan Ummu Salamah, beliau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

Dia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W., dan hadiah tersebut dikembalikan kepada beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)

9. Tetap romantis walaupun isteri sedang haid
Haid, adalah sesuatu yg alamiah bagi wanita. Berbeda dg pandangan kaum yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh didekati. Ketika Aisyah sedang haid, Nabi S.A.W. pernah membangunkannya, beliau lalu tidur dipangkuannya dan membaca quran (HR Bukhari no 7945)

10. Mengajak isteri makan di luar
Mungkin kebanyakan kita, lebih suka pergi bersama teman-teman, meninggalkan isteri di rumah. Nah yang ini mungkin biasa, saya suka ajak isteri "dating"! Ini mampu membangkitkan romantisme berdua. Menikmati lingkungan di sekitar. Anas mengatakan bahawa tetangga Rasulullah S.A.W. – seorang Persia–pintar sekali membuat masakan gulai. Pada suatu hari dia membuatkan masakan gulai yang enak untuk Rasulullah S.A.W. Lalu dia datang menemui Rasulullah S.A.W. untuk mengundang makan beliau. Beliau bertanya : “Bagaimana dengan ini? (maksudnya Aisyah).” Orang itu menjawab : “Tidak.”Rasulullah S.A.W. berkata : “(Kalau begitu) aku juga tidak mahu.” Orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. bertanya : “Bagaimana dengan ini?” Orang itu menjawab : “Tidak.”Rasulullah kembali berkata : “Kalau begitu, aku juga tidak mahu.” Kemudian, orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. kembali bertanya : “Bagaimana dengan ini?”Pada yang ketiga kalinya ini orang Persia itu mengatakan: “Ya.” Akhirnya mereka bangun dan segera berangkat ke rumah laki-laki itu. (HR Muslim)

Keindahan Islami

RM2 Mampu Menarik Line Handphone

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tiada kan?. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya korang berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal korang itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu korang mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?

Ini satu informasi untuk korang dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja korang boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja korang berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp korang. Mungkin korang berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017, 010, 018 dan sebagainya.

Caranya (Perhatian bila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp korang.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp korang.

Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp korang.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp korang. Semasa hp korang on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp korang.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp korang tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian:

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.




Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp korang dengan duit RM2 itu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp korang.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi korang 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

p/s: hehe.. jgn marah haa...bergurau je...nasib baik la duit RM2 dah tak dicetak lagi. Kalau tak, mesti korang dah cube buat kan..heheh,

Misteriousgrapersz

Awan Ribut Yang Amazing di Beijing (7 Gambar)

Awan yang pelik telah muncul di Beijing yang menyerupai awan 'mushroom' seperti selepas letupan bom nuklear. Awan tersebut muncul hampir sejam pada jam 7 petang ni Beijing. Menurut National Center for Atmospheric Research, awan komulonimbus gergasi ini berbentuk sedemikian kerana pada asalnya, awan tersebut dalam keadaan menegak. Tetapi apabila udara panas melaui awan iut, ia mula menjadi melintang dan menghasilkan pemandangan yang ajaib ini.








p/s : Subhanallah...

Gambar Anak Sulung Zed Zaidi


Tahniah diucapkan buat Zed Zaidi kerana pada hari jumaat yang lepas beliau telah dianugerahkan seorang baby comel yang diberi nama Ryan Ziqry.. Anak lelaki pertama Zed Zaidi dengan isterinya, Nelly Natalia telah selamat dilahirkan kira-kira jam 9.30 pagi jumaat yang lepas dengan kaedah pembedahan di sebuah Pusat Perubatan sekitar Damansara..

Dengarnya, Zed Zaidi begitu teruja dan gembira dengan kelahiran anak pertama mereka ni.. apatah lagi anak sulung mereka dilahirkan pada bulan Ramadhan.. Pastinya hari raya tahun ini lebih bermakna buat Zed Zaidi sekeluarga..

Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar anak lelaki pertama Zed Zaidi kat bawah ni.. comel kan?..

anak zed zaidi 02

anak zed zaidi 04

anak zed zaidi 05

anak zed zaidi 01

Monday, July 30, 2012

Promosi Kad Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

Kepada bakal-bakal raja sehari yang akan melangsungkan perkahwinan boleh menempah kad kahwin
di IS SAM Graphix.

Tempahan boleh dibuat melalui online di www.kadkahwinidec.blogspot.com


Friday, July 27, 2012

COOL : GAMBAR PERCIKAN CAT AIR YANG MENAKJUBKAN KARYA M.KLIMAS



Seorang jurugambar, Martin Klimas telah mengambil gambar percikan cat air yang menakjubkan. Semua cat ini terpercik selepas dia meletakkan cat ini di atas sebuah pembesar suara. Sejurus selepas pembesar ini dibuka, warna cat air ini akan terpercik dan dari saat itu, dia cepat-cepat menangkap gambar yang diinginkan







Penghujung Tembok Besar China


Tembok Besar China adalah salah satu mahakarya bangunan dunia. Namanya tersohor di semua negara, pun menjadi destinasi pelancungan kesukaan. Tapi apakah Anda tahu letak hujung Tembok China? Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia.

Selebrasi dan tragedi mewarnai pembuatannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China yaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Perlu waktu puluhan tahun yakni dari 220-206 SM untuk merampungkan tembok raksasa ini.



Tembok ini memanjang lebih dari 20.000 kilometer, membelah dataran luas China. Tapi apakah Anda tahu di mana hujung benteng ini? Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya ada di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon's Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya persis menjorok ke Laut Bohai.

Tempat ini jadi destinasi pelancung kerana di atasnya terletak menara pemantau dan sebuah kuil. Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut lepas.



Nama Laolongtou diberikan kerana ujung tembok ini mirip naga panjang yang kepalanya terbenam di air laut. Pengunjung boleh naik ke atas tembok dan melihat langsung panorama laut lepas, juga mengunjungi menara pemantau dan sebuah kuil di atasnya. Namun rupanya, tak sepenuhnya bagian Laolongtou adalah bangunan asli. Mengutip situs Amusing Planet pada, pada Juali 1905 tentara Jepun mendarat di Shanhai Pass. Mereka mengebom area itu, menghancurkan beberapa sisi tembok ini. Apa yang berdiri sekarang adalah upaya pemerintah China untuk membuat replika dari bangunan aslinya.



Laolongtou dibagi menjadi tujuh bahagian iaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls. Dua tempat favorit pelancung adalah Changtai Tower dan Nereus Temple yang bertengger di atasnya.

Changtai Tower adalah bangunan dua lantai dengan pondasi kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Kaisar di masa Dinasti Qing. Kuil inilah yang jadi tempat mereka berdoa kepada leluhur sebelum melanjutkan perjalanan ke sebelah timur laut China.

Trend Melampau Perempuan Melayu Sekarang


Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”.


Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita Melayu yang terpesong dalam zaman moden ni.
(Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)


1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.


2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.


3. Pertuturan Lancang dan Ketawa MengilaiA
dalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.


4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.


Kesimpulan


Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus.

Kenapa Dan Mengapa Panaskan Enjin Kereta Sebelum Jalan


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula gunapakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia


Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-


1. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook



Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook ialah:-


1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..( ramai yang camni )


2. Post tu mengandungi banyak info2 berguna terutamanya tentang pelajaran, hal2 rumahtangga dan hal2 agama..


3. Orang yang post tue lawa @ hensem and dah lama dok stalk dia senyap2.. secret admire la katakann..


4. Like secara rambang ja.. kalau orang tu tulis benda2 menarik like la.. tak pilih kasih OK..


5. Tertarik dengan post tue tentang ayat2 puitis dan ayat2 cinta ( ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham.. )


6. Suka like status kawan baik sendiri.. motiff,, so dia pon boleh la LIKE status dia sekali..(lepastu gaduh wall to wall dekat FB)


7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam POST someone to betul!! dan kita pon tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu..


8. Selalu LIKE post orang2 yang berpengaruh .. dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang LIKE, kita pon teringin nak LIKE..


9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. DIA BUKAK TIMELINE sorang tu, then dia LIKE ja tak kira gambar, status, komen, semua dia nak LIKE.. *syokla tu menambahkan notifications orang..bila tgok noti , FUYYOHH 159… tapi last2 108 dari like2 sorang tue..


10. Bila dah lama updates STATUS, dia tgok orang tak like, then dia pon LIKE post dia sendiri…hahaha….oppsss!! :P

Thursday, July 26, 2012

Rumah Pokok 10 Tingkat Yang Mengkagumkan

Anda pernah menonton filem Walt Disney pada tahun 1960 yang bertajuk "Switzerland Family Robinson"? Film itu bercerita tentang sebuah keluarga yang terdampar di suatu pulau dan akhirnya membuat tempat tinggal di pokok untuk tempat berlindung.

Jadi, rumah ini tentunya jauh lebih cantik dan selesa daripada rumah pokok biasa. Rumah pokok yang dibuat sedemikian rupa hingga 10 tingkat ! Horace Burgess si pemilik dan si pembuat berjaya mewujudkan impiannya membangun rumah pokok ini. Tidak Cuma satu tingkat, tetapi hingga sepuluh tingkat dan disokong oleh 6 buah pokok yang lain.


Burgess membina rumah ini selama 11 tahun yang bermula pada tahun 1993. Berdiri di atas tanah 10000 meter persegi, menghabiskan kos hanya $ 12,000. Tentu saja bayaran tersebut sangat kecil kerana Burgess menggunakan bahan bangunan kitar semula baik dari kayu dan 258000 paku yang juga paku terpakai.

Sedikit menyeramkan kalau dilihat dengan teliti, tapi rumah ini merupakan tempat kesukaan kanak-kanak. Begitu luas lengkap dengan tempat bermain bola keranjang di dalam rumah, balkoni, ruang berdoa, banyak bilik dan yang mengasyikkan tempat bersembunyi.

inilah dia rumah pokok tersebut..saksikanlah..cekidott











Sumber

Inilah Iklan Termahal Yang Pernah Di Buat Di Dunia

7. Ferrari/Shell: US$4,5 juta



Pada ulang tahun ke 60 tahun, iklan Ferrari / Shell menunjukkan sebuah kereta lumba Ferrari sedang berlumba di beberapa lokasi terkenal di dunia seperti Colosseum dan Time Square, New York.

Pada akhir iklan yang dibuat pada 2007, kereta lumba tersebut berhenti untuk mengisi bahan api di sebuah stesen pengisian bahan api milik Shell, untuk kemudian melanjutkan kembali perlumbaan mengelilingi dunia.

6. Honda: US$6,2 juta


Iklan ini merupakan bahagian promosi dari produk kereta Honda Accord dan dibuat pada 2003. Uniknya, iklan ini sama sekali tidak menggunakan bantuan teknologi komputer. Langkah itu pula yang menyebabkan iklan ini begitu mahal.

Untuk membuat iklan ini diperlukan 606 kali pengambilan gambar untuk menjamin iklan sempurna dari awal hingga akhir. Dalam pembuatannya, seluruh bahagian dari kereta Honda dilihat diletakkan dalam sebuah lantai dan mendorong satu sama lain secara berturut. Pada hujung, dari pertembungan bahagian kereta itu, kelihatan sebuah kereta Honda diletakkan.

Pada akhir iklan, muncul ayat "Tidakkah menyenangkan ketika sesuatu berjalan dengan baik?"

5. Pepsi: US$8,1 juta


Iklan berdurasi 90 saat yang pertama kali ditayangkan pada 2002 di acara Superbowl ini, memaparkan pelakon Hollywood Britney Spears yang memaparkan sejarah minuman bersoda ini selama lima dekad yang lalu.

Britney Spears tampil dengan berganti kostum beberapa kali untuk menyesuaikan dengan keadaan pada tahun tertentu. Di setiap dekad itu, Britney selalu mengucapkan tagline iklan yang dibuat pada 2002 itu dengan ayat, "Untuk mereka yang berfikir muda."

4. Chrysler: US$12 juta


Iklan yang tayang pertama kali pada perlawanan Superbowl pada 2011 ini memaparkan Eminem sebagai bintang iklan. Iklan ini mengambil setting lokasi di Detroit yang merupakan pusat pembuatan kereta.

Eminen dalam iklan itu berlakon sedang memandu kenderaan tersebut denganbacksound lagu Lose Yourself dan berhenti di Teater Fox. Iklan ini ditutup dengan sebuah tagline, "Diimport dari Detroit."

3. Aviva: US$13,4 juta


Aviva merupakan produk insurans dari salah satu syarikat di United Kingdom. Untuk mempromosikan pertukaran nama dari sebelumnya Norwich Union, pada 2008 syarikat mempromosikan nama barunya tersebut.

Iklan ini banyak memaparkan nama-nama terkenal seperti Bruce Willis, Dame Edna, Ringo Starr, Elle Macpherson, dan Alice Cooper. Seperti Aviva, artis-artis yang terlibat dalam iklan ini telah menukar nama asalnya sebagai sebahagian daripada karier mereka.

2.Guinness: US$16 juta


Untuk memperingati perayaan ulang tahun syarikat ke-80, Guinness membiayai pembuatan iklan "Tipping Point" yang menggambarkan kerjasama penduduk di bandar kecil Argentina yang menyusun domino yang akan menjatuhkan buku, tempat cat, peti sejuk, bahkan timbunan kereta di sebuah jalan.

Pada bahagian akhir iklan yang dibuat pada 2007 ini, pertembungan susunan peralatan itu membentuk sebuah gelen Guinness.

1. Chanel: US$33 juta


Iklan berdurasi dua minit ini diarahkan oleh Baz Lurhrmann dan memaparkan pelakon Nicole Kidman yang berperanan sebagai artis yang tengah dikejar-kejar oleh paparazzi. Hampir sama seperti filem yang dibuat Lurhrmann bertajuk Moulin Rouge, Nicole kemudian masuk ke dalam sebuah teksi yang di dalamnya sudah ada penumpang lelaki yang merupakan penulis muda. Kedua-dua manusia ini akhirnya jatuh cinta.

Dalam iklan yang tayang pertama kali pada 2004 ini, Kidman dikhabarkan menerima bayaran sebanyak US $ 3 juta

Fenomena Langit Berwarna Ungu Muncul Di Britain

Fenomena Aurora tentunya sudah banyak diketahui orang. Namun tidak dengan fenomena langit ungu. Fenomena sangat jarang ditemui ini terjadi di langit Essex, Inggeris. Fenomena di mana zarah dari matahari menyebabkan langit berwarna hijau atau merah memang kerap ditemui di Norway atau utara Skotalandia.

Namun, pemandangan sangat jarang ditemui di mana langit berubah menjadi ungu terjadi di selatan Inggeris. "Pada mulanya saya tak menyangka akan melihat pemandangan ini. Saat itu benar-benar menakjubkan dan saya tak tahu apa dapat melihatnya lagi di kehidupan saya. Saya sangat senang melihat hasil gambar yang saya ambil saat itu" kata jurugambar Petet Scott (43) yang berjaya melihat fenomena ini di luar bandar. Saat itu, Peter menggunakan kamera Canon DSLR 5D untuk mengambil gambar fenomena langit ungu tersebut.

Manusia Paling Berani Sekali Di Dunia..Lihat Aksinya Ini

Tangan 'rock climbing', kepunyaan satu bentuk rock climbing, sukan ekstrem luar, mendaki batu tanpa sebarang langkah-langkah pelindung tanpa bantuan mana-mana alat, seperti kempen menuntut rock climbing kemahiran, tetapi juga satu cabaran besar kepada ujian psikologi. Sukan ini adalah antara, 10 sukan yang paling berbahaya di dunia.