Friday, July 6, 2012

Rozita Che Wan Selebriti Paling Seksi 2012

Rozita Che Wan Selebriti Paling Seksi 2012
Semalam telah berlangsungnya majlis Anugerah Stail EH! 2012 di Grand Dorsett Subang.. Tahniah mygosip ucapkan buat Fazura kerana telah berjaya memenangi gelaran Anugerah Stail EH! untuk tahun 2012.. Apa yang menariknya, Rozita Che Wan sekali lagi telah mengondol anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi untuk tahun 2012.. Nampaknya masih tiada lagi selebriti yang mampu tandingi keseksian Rozita Che Wan ni…
“Saya terima anugerah ini sekali lagi dengan hati yang terbuka kerana ini adalah pilihan peminat. Mereka yang menilai saya dan apa jua anugerah yang diberikan saya terima. Tetapi seksi bukan satu perkara yang tidak elok dan seksi tidak semestinya terdedah sana sini.
“Bagi saya seksi itu subjektif, mungkin pembawakan diri saya yang kelihatan seksi bukannya kerana pemakaian saya terdedah hingga keterlaluan kerana saya masih tahu batas dalam berpakaian.
“Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang mengundi saya, tidak kiralah kategori apa pun selagi nama Rozita Che Wan dihargai, saya bersyukur masih menjadi antara yang terpilih,”(Murai)
Pada malam tersebut, Rozita Che Wan telah tampil anggun dengan busana gaun pendek ilham Qudyn berona pastel dan perincian renda hitam perancis sarat bersulam jemeki. Cik Rozita Che Wan kita ni juga Ditemani jejaka yang sering digosipkan dengannya iaitu Zain Saidin..
Keputusan penuh Anugerah Stail EH! 2012
Selebriti Harapan Pilihan – Izara Aishah
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Fouziah Gous
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Cantik – Anding
Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
Pereka Fesyen Pilihan Selebriti – Rizman Ruzaini
Selebriti Mesra Peminat – Shila Amzah
Pasangan Selebriti Pilihan – Noh & Mizz Nina
Selebriti Wanita Paling Seksi – Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Paling Seksi – Hans Issac
Selebriti Paling Fotogenik – Scha Al Yahya
Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Fasha Sandha
Model Pilihan Majalah – Tengku Azura
Selebriti Serba Boleh – Aznil Hj Nawawi
Selebriti Pencapaian Terbaik – Datuk Siti Nurhaliza
Selebriti Wanita Paling Bergaya – Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari

No comments:

Post a Comment