Jika sebelum ini pemohonan Aaron Aziz untuk status penduduk tetap (PR) telah diluluskan tapi berbeza pula dengan Adi Putra, warga negara Singapore yang telah memohon status PR sejak berkahwin dengan Aida Yusof yang juga warga negara Malaysia enam tahun yang lalu tetapi masih belum juga diluluskan..
“Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan,” (mstar)
Adi Putra yang telah berkecimpung selama 10 tahun dalam industri lakonan di Malaysia juga mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seninya di sini.. Namun beliau mengakui sebagai orang luar beliau perlu menghormati sesetengah majlis anugerah yang hanya untuk warga tempatan..
No comments:
Post a Comment