1. Suami membukakan pintu untuk isterinya (kendaraan/rumah/dll)
Istilah yg cukup akrab di telinga kita yg katanya orang-orang moden ini. “Ladies First”. Ini sudah dilakukan Rasulullah S.A.W. sejak berabad-abad yang lalu, di saat kebudayaan lain di dunia menganggap wanita lebih rendah, bahkan diragukan statusnya sebagai “manusia”. Dari Anas, dia berkata : “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Rasulullah S.A.W. menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah. Kemudian beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau sehingga dia bisa menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)
2. Mencium isteri ketika pergi dan datang
Sungguh hal yang romantis dan bisa menimbulkan rasa kasih sayang jika kita bisa membiasakan mencium isetri/suami ketika hendak berpergian atau baru pulang. Daripada ‘Aisyah r.a., bahawa"Rasulullah S.A.W. biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi wudhu’nya.”(HR ‘Abdurrazaq)
3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari Aisyah r.a., dia berkata : "Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam “ (HR. Bukhori dalam Adabul Mufrod)
Dari Aisyah r.a., dia berkata : Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haidh, lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau minum (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)
Nabi S.A.W. pernah minum di gelas yang digunakan oleh Aisyah. Beliau juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.(HR Muslim No. 300) bahkan keberkahannya dijamin, diriwayatkan Abu Hurairah : "Makanan berdua cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang.” ( HR Bukhori (5392) dan Muslim (2058))
4. Suami menyuapi isteri
Dari Saad bin Abi Waqosh r.a. berkata : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “ Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu." (HR Bukhori (VI/293) dan Muslim (V/71)
5. Berlemah lembut, melayani/menemani istri yang sedang sakit (memanjakan isteri sakit)
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., Nabi S.A.W. adalah orang yang penyayang lagi lembut. Beliau orang yang paling lembut dan banyak menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)
6. Bergurau senda dan membangkitkan kemesraan
6. Bergurau senda dan membangkitkan kemesraan
Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi S.A.W. tertawa melihat mereka. (HR Nasai dengan isnad hasan) Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah S.A.W. suka bercanda dengan isterinya. (HR Bukhari)
7. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
7. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik dia ntara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya." (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).
8. Memberikan hadiah kepada isteri
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “KetikaNabi S.A.W. menikah dengan Ummu Salamah, beliau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”
Dia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W., dan hadiah tersebut dikembalikan kepada beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)
9. Tetap romantis walaupun isteri sedang haid

Haid, adalah sesuatu yg alamiah bagi wanita. Berbeda dg pandangan kaum yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh didekati. Ketika Aisyah sedang haid, Nabi S.A.W. pernah membangunkannya, beliau lalu tidur dipangkuannya dan membaca quran (HR Bukhari no 7945)
10. Mengajak isteri makan di luar
Mungkin kebanyakan kita, lebih suka pergi bersama teman-teman, meninggalkan isteri di rumah. Nah yang ini mungkin biasa, saya suka ajak isteri "dating"! Ini mampu membangkitkan romantisme berdua. Menikmati lingkungan di sekitar. Anas mengatakan bahawa tetangga Rasulullah S.A.W. – seorang Persia–pintar sekali membuat masakan gulai. Pada suatu hari dia membuatkan masakan gulai yang enak untuk Rasulullah S.A.W. Lalu dia datang menemui Rasulullah S.A.W. untuk mengundang makan beliau. Beliau bertanya : “Bagaimana dengan ini? (maksudnya Aisyah).” Orang itu menjawab : “Tidak.”Rasulullah S.A.W. berkata : “(Kalau begitu) aku juga tidak mahu.” Orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. bertanya : “Bagaimana dengan ini?” Orang itu menjawab : “Tidak.”Rasulullah kembali berkata : “Kalau begitu, aku juga tidak mahu.” Kemudian, orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. kembali bertanya : “Bagaimana dengan ini?”Pada yang ketiga kalinya ini orang Persia itu mengatakan: “Ya.” Akhirnya mereka bangun dan segera berangkat ke rumah laki-laki itu. (HR Muslim)
Keindahan Islami

No comments:
Post a Comment