Friday, July 6, 2012

Menyelami Impian Wawa Zainal



Siapa tidak mengenali setiap babak lakonannya kini yang semakin kerap menghiasi drama-drama juga filem tempatan. Seperti di layar perak, pesonanya memang memancar di dunia realiti. Muda, cantik dan berbakat. Bersama pakej itu, Wawa bersedia mengembara, membuka langkah panjang serta tegar menakluki peluang yang baginya tidak sesekali akan disia-siakan.

  • Bergelar Remaja
Bagi yang masih belum mengenali pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih mesra dipanggil Wawa, gadis genit ini sebenarnya mula dikenali menerusi drama lakonannya, “Ana Lulu”. Bermula dari situ kehadirannya kian disedari. Memilih bidang lakonan dengan cabaran dan dugaan yang bukan sedikit, anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini nekad dengan keputusan yang diambil. Demi membuktikan hasil, apa sahaja yang dilakukan akan disempurnakan dengan 100 peratus komitmen.“Saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya merasakan kehidupan remaja saya cukup terisi. Shooting ialah dunia saya. Biarlah orang nak kata yang saya tidak ada kehidupan tapi inilah Wawa Zainal. Gadis yang hanya menghabiskan masa dengan shooting, shooting dan shooting,” ujarnya tertawa penuh mesra.

  • Cuba Nasib
Baru usai menjalani penggambaran drama “Cinta Buat Emelda” untuk slot Akasia di TV3, akui Wawa, berada di landasan seni bukan cita-citanya yang sebenar. Percaya semua ini rezeki, fikirnya kemungkinan ‘mulut masin’ seorang guru ketika di sekolah menengah
dulu, dia kini benar-benar menjadi pelakon. “Ketika bersekolah dulu, saya kerap menyertai pertandingan lakonan. Melihat bakat yang ditonjolkan itu, ada seorang cikgu bertanya, “kenapa saya tak pergi KL sebab saya boleh berlakon”. Selepas tamat peperiksaan SPM, saya cuba-cuba menghantar resume kepada pihak MIG dan tak sangka selepas dipanggil untuk casting saya terpilih menjadi artis naungan mereka,” tutur Wawa yang kini sudah membintangi hampir 20 buah drama dan juga filem bersama Metrowealth.

SUMBER : REMAJA

No comments:

Post a Comment