Wednesday, July 4, 2012

Gambar Kereta Lamborghini Dihancurkan Di Depan Orang Ramai

Seorang pemilik Lamborghini Gallardo di China marah setelah perkhidmatan yang diberikan oleh pengeluar supercar dari Itali tidak sesuai dengan yang diharapkan.

Kesabarannya habis, ketika supercar dengan harga 1juta ringgit tidak boleh dihidupkan setelah enam bulan dibeli. Merasa ada yang tidak kena pada kereta eksotik itu, dia pun menghubungi dealer tempatan Lamborghini.

Tapi jawapan dari pihak dealer menyatakan bahawa mereka tidak akan mendapati masalahnya setelah kenderaan itu diperiksa. Alhasil, kereta itu tetap saja tidak boleh dihidupkan.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, lelaki China yang tidak disebutkan namanya itu kemudian cuba menghubungi CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann, serta ibu pejabat Lamborghini di China dan syarikat induk Lamborghini iaitu VW Group.

Sayang usaha itu tidak juga membuahkan penyelesaian dan membuatnya putus asa. Hingga akhirnya, ia menumpahkan kemarahan dan kekesalannya dengan cara menghancurkan kereta itu di depan umum bertepatan dengan Hari Pelanggan Dunia pada tahun lalu.

Ia pun memanggil orang-orang untuk menghancurkan kereta tersebut.

Aksi itu sengaja di filem-kan untuk membuat malu si pembuat supercar yang paling tersohor di dunia. Dan kini, China Car Times melaporkan si pemilik Gallardo kembali lagi untuk memalukan Lamborghini dan the VW Group dengan membawa kereta yang telah dihancurkannya itu dalam sebuah tour di China.

Perhentian pertama adalah pameran kereta Qingdao minggu lalu di mana kereta hancur itu dipamerkan di atas trak.

Namun, belakangan diketahui, lelaki itu membeli Gallardo dalam keadaan bekas pakai dari Jerman. Setelah itu, ia membawa kereta itu kepada peniaga Lamborghini dengan kerap mengalami masalah mekanikal. Tak cuma itu, ia juga mendakwa keretanya tercalar di bengkel tersebut. Sementara pihak Lamborghini mengaku tidak merasa membuat kereta itu tercalar.

Aksi ini jelas sangat memalukan bagi Lamborghini dan tentu kita akan ingintahu bagaimana cara kedua-dua belah pihak mencari penyelesaian untuk masalah ini agar tidak berterusan ini kan








Tabekpuang

No comments:

Post a Comment