Thursday, July 5, 2012

Cicak Afrika Yang Serupa Spiderman Berjaya Tertangkap Kamera







Seekor reptilia dengan warna biru merah yang mirip dengan Spiderman, watak superhero dari komik Marvel, berjaya tertangkap kamera jurugambar di Tanzania.

Bukan hanya warnanya yang mirip dengan Spiderman, namun cicak Agama kepala rata Mwanza tersebut bahkan berpose identik dengan si manusia labah-labah itu.

Adalah Cassio Lopes, seorang jurugambar berusia 38 tahun dari Sao Paulo, Brazil, yang berjaya mengabadikan momen menakjubkan ini.

Cicak Agama kepala rata Mwanza, yang merupakan reptilia asli Afrika ini biasanya hidup dalam kumpulan, dengan seekor jantan dominan, dan biasanya dapat dibezakan dari kulitnya yang berwarna-warni.




"Ini adalah satu-satunya haiwan yang pernah saya lihat dengan warna yang luar biasa sama. Terutama warna di dada, lengan dan kaki sangat mirip. "Tutur Rich Nunn dari Nostalgia and Comic di Birmingham.

"Warnanya yang sangat terang membuatnya kelihatan seperti mengenakan sebuah kostum. Aku yakin ada banyak penggemar komik diluar sana yang ingin memiliki cicak seperti ini, kerana kelihatan begitu mirip pahlawan mereka. "Tambahnya.

Diketahui, Cassio mendapatkan foto ini dalam perjalanannya ke Masai Mara National Park di Kenya dengan isterinya Alessandra.

"Kami berada di sebuah workshop fotografi dan pada suatu petang kami letak selama beberapa jam dekat sungai Rongai." Tutur Lopes.

"Semasa itu musim kering dan kami memutuskan untuk mencari seekor harimau bintang betina yang dilaporkan berkeliaran di tempat tersebut pada pagi hari. '

Namun, setelah menghabiskan masa begitu lama mencari harimau berbelang itu, kedua-dua pasangan tersebut mula mencari hal-hal lain, dan isteri Lopes kemudian melihat cicak tersebut berjemur di atas batu berhampiran sungai.

"Ini adalah pertama kalinya kami melihat jenis cicak seperti ini, walaupun ini bukan lawatan pertama kami di Afrika. Kami dibuat terpesona oleh pola warna-warni haiwan ini. "Lanjut Lopes.


1 comment: